KHIDMAT SEKRETARIAL SYARIKAT

Seksyen 139(1) Akta Syarikat 1965 mewajibkan kepada setiap syarikat untuk melantik minimum seorang setiausaha syarikat yang merupakan salah seorang ahli badan professional atau yang dilantik oleh SSM. Di Malaysia, kebiasaannya pengarah akan melantik syarikat setiausaha yang menjalankan khidmat sekretarial kepada lebih dari sebuah syarikat.

KHIDMAT PENYEDIAAN LAPORAN AKAUN

Seksyen 167 AKTA SYARIKAT 1965 menghendaki setiap syarikat untuk menyimpan rekod perakaunan yang lengkap di alamat berdaftar atau tempat-tempat lain yang sesuai. Rekod perakaunan sesebuah syarikat mestilah boleh diakses oleh mana-mana pegawai syarikat tersebut. Setelah tamatnya tahun perakaunan, rekod yang sama akan digunakan oleh juru audit  bagi tujuan mengaudit syarikat tersebut.

KHIDMAT PENYEDIAAN LAPORAN AUDIT

Seksyen 169 AKTA SYARIKAT 1965 mewajibkan setiap syarikat dan pengarahnya untuk membentangkan satu laporan audit syarikat dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) mereka. Untuk tujuan itu, syarikat perlu melantik juruaudit mereka untuk menyediakan laporan tersebut dan ianya perlu diserahsimpan bersekali dengan laporan tahunan syarikat ke SSM pada setiap penghujung tahun.